Home Tempatan Ramadan Bulan Membunuh – Zurairi AR

Ramadan Bulan Membunuh – Zurairi AR

SHARE

Petaling Jaya: Penolong pengarang berita Malay Mail Online, Zurairi bin Abdul Rahman memberi peringatan kepada orang ramai untuk membuat persiapan mental bagi menghadapi pembunuhan demi pembunuhan yang akan dilakukan oleh umat Islam dari kalangan IS dalam bulan Ramadan.

Zurairi yang lebih dikenali sebagai Zurairi AR mengemukakan pandangan sedemikian dalam tulisannya yang berjudul, “To IS, everybody else is ‘not Muslim enough'” yang pernah disiarkan oleh Malay Mail Online.

Zurairi berkata, “Dengan berakhirnya Ramadan kali ini, kita bolehlah mempersiapkan diri kita untuk kesedihan yang bakal datang. Soalan yang perlu kita tanya diri kita, adakah Ramadan kali ini juga akan lebih parah daripada sebelumnya atau paling kurang pun ianya akan berakhir sebagai satu lagi bulan bunuh-membunuh.”

Dalam artikel tersebut, Zurairi seolah-olah mendakwa peristiwa Nabi Muhammad yang terlibat dengan peperangan Badar pada bulan Ramadhan tahun 624 Masihi, memulakan trend untuk melakukan pertumpahan darah pada bulan tersebut yang diikuti secara ‘ritual’ oleh pengganas-pengganas IS pada setiap kali datangnya bulan Ramadan. Beliau menyatakannya dalam petikan berikut :

“Because to them, Ramadan is a holy month of conquest, a tradition started by Prophet Muhammad himself with the Battle of Badr in 624 CE. Just as some Muslims fill up their Ramadan with religious obligations such as prayers and Quranic recitals, so do they — only their ritual is bloodshed.

With Ramadan over, we have one year to prepare ourselves for more potential despair. Will the next Ramadan be as bloody, and will it just end up as another month of killings?”

Comments