Home Tempatan Rakyat perlu tahu hak keistimewaan orang Melayu

Rakyat perlu tahu hak keistimewaan orang Melayu

SHARE

HAK keistimewaan orang Melayu di negara ini sering kali dibincangkan baik dalam forum mahupun wacana.

Apa yang menarik tentangnya adalah kebimbangan orang Melayu dan Bumiputera terhadap yang dikatakan semakin terhakis walaupun ia telah dijamin oleh Perlembagaan. Hakikatnya bukan mudah untuk menghapuskan atau meminda hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Ini kerana persetujuan daripada orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikuti kupasan lanjut isu ini bersama Penulis Kanan Sinar Harian.

Isu dan persoalan hak istimewa orang Melayu sering menjadi tajuk perbincangan, debat dan polemik politik. Boleh saudara ulas?

Malaysia sekarang lebih terbuka membicarakan isu-isu negara yang melibatkan hak-hak rakyat. Ini sejajar dengan perkembangan dunia luar yang berkembang pesat di dalam perkongsian ilmu dan pengetahuan.

Maka tidak hairanlah jika masyarakat Malaysia ikut terpanggil untuk berbincang dan berbicara tentang isu-isu yang relevan kepada kehidupan harian mereka. Termasuklah isu hak istimewa orang Melayu.

Dalam keadaan semasa negara dan dengan realiti hari ini, kita perlu perakui bahawa hak rakyat untuk berbincang dan berbicara isu-isu tersebut tidak boleh dikekang atau dikongkong lagi.

Namun, apa yang perlu ditekankan di sini ialah perbincangan dan perbicaraan isu-isu tersebut perlulah diadakan dengan penuh bertanggungjawab agar hak yang diberi tidak mengundang kemudaratan kepada negara.

Boleh saudara perjelaskan serba sedikit tentang sejarah dan salasilah hak ini di dalam sistem politik negara?

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments