Home Tempatan Raja Perlis bimbang elemen sektarian bertapak di negara ini

Raja Perlis bimbang elemen sektarian bertapak di negara ini

SHARE

KANGAR 1 Ogos – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah melahirkan rasa bimbang sekiranya elemen sektarian atau kebencian bertapak di negara ini khususnya dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.

Baginda bertitah, sekiranya berlaku, ia akan menjerumuskan masyarakat negara ini ke dalam kancah konflik sektarian seperti yang berlaku di banyak negara Islam sekarang.

“Kita telah menyaksikan bagaimana masyarakat Islam dan bukan Islam berkonflik dan berpecah kerana perbezaan fahaman dan ideologi agama.

“Lebih serius lagi sekiranya wujud konflik sesama masyarakat Islam sendiri,” titah baginda sempena Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Yang Ke-13 di DUN di sini hari ini.

Berkenan hadir sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Tuanku Syed Sirajuddin seterusnya bertitah menyeru supaya masyarakat pelbagai agama di negara ini meneruskan sikap toleransi.

“Pada masa yang sama, penerapan fikrah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan masyarakat Islam pula perlu dimantapkan agar kita kekal berada di landasan Islam sebenar,” titah baginda.

UTUSAN ONLINE

 

Comments