Home Tempatan Raja Muda Perlis lancar buku Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan...

Raja Muda Perlis lancar buku Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan Agama

SHARE

ARAU 28 Mei – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan buku ”Hak Hadanah Anak Bagi Ibu bapa Berlainan Agama” : Penghujahan Bagi Keputusan Fatwa Negeri Perlis, di sini malam tadi.

Buku itu yang dikarang Muhamad Abdul Kadir Sahak, diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu dilancarkan di Tapak Rukyah Hilal Pantai Kuala Sungai Baru, di sini.

Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Berangkat sama Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Terdahulu, baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan melihat proses cerapan anak bulan Ramadan 1438H/2017M serta menyampaikan zakat peruntukan muallaf oleh MAIPs sebanyak RM50,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Perlis.

Baginda berdua kemudiannya berkenan berangkat menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih di Masjid Negeri Arau.

UTUSAN ONLINE

 

Comments