Home Tempatan Qari Malaysia juarai pertandingan antarabangsa di Kuwait

Qari Malaysia juarai pertandingan antarabangsa di Kuwait

SHARE
AZRAIE Abdul Hak menunjukkan sijil Anugerah Johan Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat al-Quran Kuwait Peringkat Antarabangsa Kali Kesembilan di KLIA. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

SEPANG: Perbezaan hanya satu markah dengan pesaing terdekat membolehkan qari Malaysia, Azraie Abdul Hak, muncul juara Pertandingan Tahfiz, Tilawah dan Qiraat al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-9 di Kuwait.

Beliau mengungguli pertandingan berlangsung dari 10 April hingga semalam yang membabitkan penyertaan lebih 120 peserta dari 76 negara.

Azraie berkata, pada pertandingan itu, rezeki sangat memihak kepadanya apabila mendapat 96 markah, manakala peserta dari Iran meraih 95 markah.

Katanya, semua peserta memberi saingan sengit dan beliau perlu berhati-hati ketika mengalunkan ayat al-Quran kerana sedikit kesilapan sahaja boleh menyebabkan dirinya tersingkir.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments