Home Tempatan Pusat judi berselindung di sebalik pusat hiburan dan istirehat

Pusat judi berselindung di sebalik pusat hiburan dan istirehat

SHARE

GOMBAK: Tidak sampai dua minggu beroperasi, sebuah pusat judi simulator diserbu Bahagian Anti Maksiat, Perjudian Dan Kongsi Gelap D7 IPD Gombak pada Khamis.

Dalam serbuan pada jam 2.30 petang itu, premis di Taman Selayang Segar tersebut didapati menjalankan operasi perjudian menggunakan lesen pusat hiburan dan istirehat bertarikh 1 Jan, 2018.

Sembilan individu ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun termasuk seorang penjaga premis.

Susulan itu, tiga mesin judi simulator dan sejumlah wang tunai dirampas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata pihaknya mengesan beberapa pengusaha pusat judi yang kini cuba menggunakan lesen pusat hiburan dan istirehat untuk menjalankan kegiatan mereka.

Hasil intipan mendapati pengusaha premis judi ini menggunakan baucer khas yang akan diberikan kepada pelanggan yang menang.

Kemudian pelanggan ini akan keluar dari premis dan menukarkan baucer dengan wang tunai dengan seorang individu yang menunggu di luar.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments