Home Antarabangsa #punishamuslimday: Umat Islam di England dinasihat elak terpengaruh khabar angin

#punishamuslimday: Umat Islam di England dinasihat elak terpengaruh khabar angin

SHARE
Umat Islam di England dinasihatkan untuk lebih berwaspada selepas terdapat ancaman serangan terhadap umat Islam di negara berkenaan. -Foto Reuters

LONDON: Umat Islam di England dinasihatkan untuk kekal bersatu selain menjalani kehidupan harian seperti biasa walaupun terdapat ancaman dari pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menyerang umat Islam di negara berkenaan.

Ancaman itu mula hangat diperkatakan selepas pihak polis tempatan di daerah West Yorkshire menerima enam laporan berhubung surat yang mempromosikan kempen ‘Hari Menghukum Orang Islam’ atau ‘Punish A Muslim Day’.

Antara kandungan surat tersebut adalah menggalakkan keganasan terhadap umat Islam menjelang 3 April yang diedarkan di London dan bandar-bandar di United Kingdom selain ganjaran bakal diberikan ke atas serangan itu nanti.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments