Home Antarabangsa Puluhan ribu berkumpul tuntut Gabenor Jakarta beragama Islam

Puluhan ribu berkumpul tuntut Gabenor Jakarta beragama Islam

SHARE
Protesters pray during a rally against Jakarta incumbent governor Basuki Tjahaja Purnama inside Istiqlal mosque in Jakarta, Indonesia, February 11, 2017. REUTERS/Beawiharta

JAKARTA, 16 Jamadilawal 1438H, Isnin – Puluhan ribu rakyat Indonesia berkumpul masjid Istiqlal di pusat bandar Jakarta, sebagai menggesa pemimpin agama menyokong calon Islam calon pilihan raya Gabenor Jakarta, Rabu ini.

Jutaan penduduk Jakarta akan memilih gabenor baharu dalam pertandingan sengit yang mendahului pilihan raya presiden pada tahun 2019.

Di Jakarta, Gabenor Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang merupakan etnik Cina Kristian, berdepan dua pencabar, Agus Harimurti Yudhoyono – anak kepada bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono, dan bekas menteri pendidikan, Anies Baswedan.

Ahok kini melalui ujian getir dalam kempennya memandangkan beliau perlu muncul setiap minggu di mahkamah kerana berdepan perbicaraan berikutan dakwaan menghina al-Quran.

Menurut pemimpin perhimpunan itu, Maulana Kamal Yusuf dalam ucapannya menegaskan, penduduk Jakarta akan mengundi pemimpin Islam sebagai gabenor ibu negara itu.

“Jakarta akan diketuai pemimpin Islam yang akan berkhidmat kerana Allah. Jakarta akan jadi kota Islamik,” katanya.

Pihak berkuasa termasuk polis dan tentera mengawal ketat keselamatan di sekitar masjid nasional berkenaan. – Agensi

Comments