Home Tempatan Pulau Pinang perlu dikembalikan kepada Kedah

Pulau Pinang perlu dikembalikan kepada Kedah

SHARE

Pulau Pinang, 11 Februari: Presiden Gabungan Bela Hak Insan(GABUNGAN) Pulau Pinang Mohamed Nordin Mohd Nor membuat kenyataan bahawa Pulau Pinang perlu dipulangkan kepada Kedah.

Menurutnya, sejarah ini tetap perlu dikaji semula bagi mencari kebenaran dan titik temu agar Pulau Pinang dapat dipulangkan semula kepada negeri Kedah.

Beliau berkata, menurut sejarah, Pulau Pinang  adalah sebahagian dari wilayah negeri Kedah berdasarkan kepada surat Sultan Kedah bertarikh 24 Shawal H1199 yang berbunyi;

“Manakala Kapten Light, Dewa Raja datang ke sini dan memaklumkan kepada saya bahawa Raja Bengal mengarahkan beliau untuk meminta Pulau Pinang dari saya untuk membina penempatan Inggeris dan saya meminta Kapten untuk menjelaskan perkara ini kepada Govenor-Agung dan mohon pampasan untuk 30,000 dolar yang saya kehilangan setahun yang akan dibayar setiap tahun kepada saya selagi Inggeris tinggal di Pulau Pinang.

“Sultan Kedah datang untuk mengizinkan dua perjanjian, yang pertama pada tahun 1791 dan kedua tahun 1800. Dengan peperangan yang pertama Inggeris mengaku janji untuk membayar kepada Sultan enam ribu dolar setahun selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.”

Surat seterusnya bertulis;

“Kemudian, dipanggil Perjanjian Persahabatan dan Persekutuan yang ditandatangani oleh Sir George Leith, Leftenan Gabenor Pinang,  ia adalah dengan syarat bahawa Inggeris akan membayar Sultan sepuluh ribu dolar setahun, selagi mereka menduduki Pulau Pinang dan jalur wilayah bertentangan  dan kini dikenali sebagai Province Wellesley.

Kata Mohamed Nordin, apabila bayaran dikenakan oleh Sultan kepada pihak Inggeris selagi mereka menduduki Pulau Pinang, maka jelas pulau ini kepunyaan Sultan Kedah.

“Sepatutnya setelah mereka meninggalkan Pulau Pinang mereka hendaklah memulangkan semula pulau ini kepada Duli Sultan tetapi ianya tidak berlaku demikian.”

“Ini jelas merupakan satu kesilapan atau penyelewengan oleh pihak Inggeris ketika itu dan ia mesti diperbetulkan,”katanya. Beliau berharap para pengkaji sejarah memperbetulkan dengan mengkaji seluruh sejarah ini secara terperinci dan mengemukakan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan seterusnya.

Comments