Home Tempatan Pulau Batu Puteh: Malaysia lantik sekumpulan pakar

Pulau Batu Puteh: Malaysia lantik sekumpulan pakar

SHARE

PUTRAJAYA 16 Feb. – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, sekumpulan pakar telah dilantik bagi menganggotai pasukan Malaysia dalam permohonan semakan berhubung keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) melibatkan kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Beliau berkata, pasukan itu setakat ini dianggotai oleh tujuh individu termasuk beliau yang terdiri daripada pakar tempatan dan luar negara dan pihaknya bakal melantik dua lagi anggota tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Peguam Negara enggan mendedahkan anggota-anggota yang telah dilantik walaupun pihak Singapura yang terlibat dalam tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh/Pedra Branca telah mengumumkan pasukannya.

Mohamed Apandi menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Suku Tahunan Jabatan Peguam Negara (AGC) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Utusan Malaysia

Comments