Home Tempatan Puasa sunat asyura menghapus dosa setahun

Puasa sunat asyura menghapus dosa setahun

SHARE

SELASA lalu, kita menyambut kedatangan bulan Muharam 1440 Hijrah. Alhamdulillah, sambutannya walaupun sederhana kita bersyukur kerana Malaysia terus dilimpahi keamanan dan kesejahteraan.

Bagi orang Islam, wajib kita beriman dengan hari akhirat dan juga hari kebangkitan semula untuk menerima suratan amal yang dikerjakan semasa hidup. Jus­teru, dalam bulan pertama tahun hijrah ini, ada satu amalan yang amat dianjurkan bagi kita me­laksanakannya iaitu puasa sunat pada 10 Muharam. Ia juga di­sebut puasa hari asyura. Tahun ini tarikh itu jatuh pada Khamis, 20 September.

Galakan berpuasa ini disebut melalui hadis Nabi Muhammad SAW. Aisyah r.a berkata yang bermaksud: Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari asyura, dan apabila difardukan puasa Ramadan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa). (Riwayat Bukhari & Muslim).

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments