Home Tempatan PRU14: Kerajaan isytihar 9 Mei cuti kelepasan am tambahan

PRU14: Kerajaan isytihar 9 Mei cuti kelepasan am tambahan

SHARE

KUALA LUMPUR, 25 Rejab 1439H, Khamis – Kerajaan semalam mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan hari bekerja.

“Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut kenyataan itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments