Home Tempatan PRU14: Agenda Kedaulatan Islam Lebih Utama, Bukan Isu-Isu – Dato’ Othman Desa

PRU14: Agenda Kedaulatan Islam Lebih Utama, Bukan Isu-Isu – Dato’ Othman Desa

SHARE

Tumpat, Kelantan: Bagaimanapun seseorang individu itu memilih untuk membuang undi kelak, ianya harus bertunjangkan kepada agenda yang lebih besar dan bukannya isu-isu yang sering bertukar ganti.

Demikian penegasan yang dibuat oleh Dato’ Othman Desa dalam program Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI 2018) Edisi Kelantan yang berlangsung di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, kelmarin, sambil mengingatkan agenda umat Islam adalah untuk mendaulatkan Islam.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Pentingkan agenda daripada isu. Isu ada isu ‘a’. Ada isu ‘b’. Tetapi agenda kita apa? Agenda kita ialah untuk mendaulatkan Islam.”

Beliau juga mengingatkan lebih kurang seribu hadirin yang hadir bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga Islam dan bukannya mengharapkan kepada rakyat dan NGO semata-mata.

“Kerajaan harus menjaga Islam. Susah untuk hanya mengharapkan rakyat atau NGO semata-mata. Kerajaan yang memerintah harus mendaulatkan Islam.”

Sambil mengingatkan umat Islam untuk sentiasa bersatu demi agenda mendaulatkan Islam, beliau juga berkongsi sejarah zaman Tariq Bin Ziad yang gah namun akhirnya rebah juga bila ummah berpecah.

Malah, dewasa ini juga sudah terdapat kumpulan yang berani menghina Islam, sama ada terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam sendiri.

“Hina orang Islam. Dipaksa makan babi. Dipaksa masuk Kristian. Hatta dibunuh.”

“Hina Islam, orang bukan Islam hina Islam. Kali ini nak jatuhkan kerajaan yang sedia ada. Dan yang sedihnya apabila orang Islam sendiri menghina Islam. Atas nama NGO atau ‘human rights’ tapi lupa akan hak Allah SWT. Otak mereka juga Allah SWT yang jadikan. Mereka lupa diri.”

Sehinggakan ada pihak yang berani mengacau hak umat Islam walaupun umat Islam sendiri mahu menegakkan hak tersebut.

“Kenapa kacau hak kita? Kita bukan nak kacau hak mereka?”

Comments