Home Tempatan Provokasi Penyokong Melayu Murtad Dalam Forum BEBAS

Provokasi Penyokong Melayu Murtad Dalam Forum BEBAS

SHARE

Petaling Jaya: Dalam satu acara debat anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) BEBAS pada 17 Mac 2017 di PJ Live Arts, sejumlah empat orang panel telah dijemput untuk berbahas berkenaan cadangan pindaan Akta 355. Lukman Sheriff Alias dan Aidil Khalid dijemput sebagai wakil pihak yang menyokong pindaan, dan pihak yang membangkang pindaan pula terdiri dari Haris Ibrahim dan Dato’ Ambiga Sreenevasan.

Secara keseluruhannya, debat ini berlangsung dengan baik walaupun terdapat beberapa insiden pendebat di kalangan pihak yang menyokong cadangan pindaan A355 diganggu oleh kumpulan penonton yang membuat kacau.

Bermula dengan insiden Siti Zabedah Kasim membuat provokasi apabila salah seorang panel, membicarakan kes syariah Pial Khadilla Abdullah. Kemudiannya provokasi diteruskan oleh kumpulan penyokong Kristian apabila saudara Aidil Khalid membangkitkan fakta kes murtad Azlina Jailani yang kemudiannya menukar agama dan nama kepada Lina Joy.

Turut kelihatan beberapa kali mengangkat tangan untuk mencuri perhatian ketika panelis berhujah, ialah Rev. Dr. Herman Shastri.

Beliau merupakan individu yang pernah menggesa supaya orang Kristian dan orang Islam berhenti berdakwah sesama mereka, supaya masyarakat boleh hidup dengan aman, walaubagaimanapun, tidak menahan dirinya daripada masuk campur dalam hal ehwal umat Islam terutamanya berkenaan usaha memperkasa syariah melalui pindaan Akta 355 ini.

Isu Lina Joy yang dibangkitkan membuatkan kumpulan penyokong Kristian dan Rev Herman Shastri tidak senang. Kes ini melibatkan seorang Melayu yang telah murtad dan cuba mencabar undang-undang sedia ada.

Sungguhpun moderator telah menjalankan tugas yang baik untuk mengawal keadaan namun penonton terus berdegil dan menyampuk di kala pembentang sedang menyampaikan hujah.

Pujian harus diberikan kepada moderator yang berjaya mengawal keadaan penonton yang jelas masih belum dapat menerima keterbukaan dalam mengamalkan hak kebebasan bersuara.

Comments