Home Antarabangsa Proses pemindahan sekali lagi ditangguhkan

Proses pemindahan sekali lagi ditangguhkan

SHARE
Penduduk dari bandar Fuaa dan Kafraya menunggu proses pemindahan disambung semula di luar Rashidin di Aleppo. - Foto AFP

RASHIDIN – Ratusan penduduk Syria yang dipindahkan berada dalam ketakutan, kelmarin selepas mereka dilaporkan terkandas di titik transit yang dikuasai kumpulan pemberontak, di mana lebih 120 terbunuh dalam insiden pengeboman minggu lalu.

Proses pemindahan melibatkan 3,000 penduduk dari bandar Fuaa dan Kafraya pada awal pagi Rabu adalah sebahagian daripada perjanjian yang turut menyaksikan anggota pemberontak dipindahkan dari beberapa kawasan yang dikepung tentera kerajaan.

Usaha yang bermula pada minggu lalu terpaksa ditangguhkan selepas insiden pengeboman berani mati yang meragut 126 nyawa termasuk 68 kanak-kanak di Rashidin di barat Aleppo.

Ia disambung semula pada Rabu, namun kumpulan itu terpaksa bermalam di dalam bas kerana proses tersebut ditangguhkan sekali lagi.

Sementara itu, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan penangguhan itu adalah disebabkan oleh permintaan pemberontak yang menuntut pembebasan tahanan di bawah rejim Presiden Bashar al-Assad.

“Konvoi tersebut akan bergerak apabila 750 tahanan dibebaskan,” kata jurucakap kumpulan berpusat di Britain tersebut. – Press TV

Sinar Online

Comments