Home Antarabangsa Proses pemindahan diteruskan selepas 48 jam

Proses pemindahan diteruskan selepas 48 jam

SHARE

RASHIDIN – SYRIA . Ribuan mangsa daripada bandar kepungan di sini tiba di destinasi semalam (Jumaat) setelah terperangkap di kawasan pengeboman selama 48 jam lapor Channel News Asia.

Berita tersebut  disahkan oleh Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia  berkata penduduk kampung di kawasan Fuaa dan Kafraya tiba di wilayah Aleppo menggunakan 45 buah bas setelah menunggu selama dua hari dia titik pertemuan dikuasai kumpulan pemberotantak Rashidin.

Sementara itu, sebanyak 11 bus memindahkan orang awam dan pejuang dari Zabadani dan dua lagi kawasan dikuasai pemberontak lain di Damsyik.

Pegawai Pemberontak yang menyelia operasi, Abu Obeida berkata, terdapat beberapa perselisihan dalam pembebasan tahanan yang dipegang oleh kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

“Setelah semua bas pergi, 750 tahanan akan dibebaskan, InsyaALLAH, masalah ini akan diselesaikan,” katanya.

Pemindahan bermula awal minggu ini namun ditangguhkan selepas pengebom berani mati meletupkan kereta  yang membunuh 150 orang, 72 daripadanya kanak-kanak  ketika transit di Rashidin.

Angka kematian dianggarkan seramai 126 namun dijangka orang ramai yang tercedera dalam serangan itu meninggal dunia.

Sinar Online

Comments