Home Tempatan Projek perintis benarkan pelarian Rohingya bekerja

Projek perintis benarkan pelarian Rohingya bekerja

SHARE
Gambar carian internet

PETALING JAYA – Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia Shamini Darshni Kaliemuthu memuji projek perintis Malaysia untuk membenarkan pelarian Rohingya bekerja di dalam negara ini.

Beliau berkata ia merupakan satu perkembangan positif kerana pelarian perlu diberikan hak untuk bekerja.

Pelarian Rohingya juga perlukan perlindungan, penjagaan kesihatan dan akses kepada pendidikan, beliau berkata pada majlis pelancaran Laporan Amnesty Antarabangsa 2016/17 di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan rancangan Malaysia untuk membenarkan kira-kira 300 pelarian Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk diambil bekerja secara sah mulai 1 Mac ini di sektor pelancongan dan pengeluaran. – Bernama

Sinar Online

Comments