Home Antarabangsa Projek Lelaki Pun Datang Bulan

Projek Lelaki Pun Datang Bulan

SHARE

Washington D.C.: Cass Clemmer, seorang aktivis transgender pak nyah mendakwa bukan hanya kaum perempuan sahaja yang mengalami datang bulan, tetapi kaum ‘lelaki’ sepertinya juga boleh mengeluarkan darah haid.

Beliau berkata, “Setiap kali saya datang bulan, saya menghadapi ‘gender dysphoria’ yang teruk. Saya terpaksa pergi ke tandas wanita kerana sejujurnya, itulah tempat yang lebih selamat pada hari-hari saya didatangi haid.”

Gender dysphoria atau lebih dikenali sebagai GID ialah merupakan suatu penyakit mental disebabkan oleh kecelaruan identiti pesakit terhadap jantina kelahirannya. Antara simptom yang dikenal pasti adalah benci dengan alat kelamin sendiri, tekanan mental, mengasingkan diri dan lain-lain lagi.

Tidak ramai mempercayainya, termasuklah sahabat karibnya yang juga merupakan seorang aktivis feminis dan ini memberi idea kepada beliau untuk mendidik masyarakat mengenai isu ini.

Gambar menunjukkan aktivis Pak Nyah ketika haid. Gambar ihsan instagram Tonithetampon

Sahabat karibnya berkata, “Kami telah berkawan buat jangka masa yang lama dan dia merupakan aktivis feminis, tetapi apabila saya sedar walaupun orang sepertinya tidak pernah ambil peduli tentang apa yang golongan seperti saya hadapi sewaktu didatangi haid seperti biasa, saya tahu bahawa saya terpaksa menghebahkan kepada umum tentang cerita saya bagi mengubah pemikiran yang hanya mengaitkan datang bulan dengan kaum wanita dan sifat kewanitaan.”

“Bukan semua orang yang mengalami datang bulan adalah wanita, dan bukan semua wanita mengalami datang bulan,” katanya lagi.

Untuk membuktikan bahawa kaum lelaki juga boleh mengalami datang bulan, beliau membuat keputusan untuk menayangkan gambarnya dalam posisi duduk terkangkang di tempat awam dengan keadaan seluarnya basah dengan kesan darah haid sambil memegang sepanduk yang tertulis ‘Haid Bukan Hanya Untuk Kaum Wanita’.

“Saya amat berharap agar orang ramai dapat melihat gambar saya dan mula untuk menerima hakikat bahawa tidak semua yang mengalami haid adalah wanita dan bukan semua wanita mengalami haid,” kata beliau.

“Agar kita semua sama-sama boleh meninggalkan kecenderungan yang merbahaya iaitu menyamakan datang bulan dengan kaum wanita dan sifat kewanitaan,” sambungnya lagi.

Beliau mendakwa kecenderungan yang sedemikian adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan masyarakat melupakan kewujudan kaum ‘lelaki’ sepertinya.

“Sangkaan bahawa semua yang mengalami datang bulan hanyalah dari kalangan wanita dewasa dan wanita remaja adalah menidakkan identiti dan apa yang dialami oleh komuniti (LGBT) yang telah pun sedia tertindas,” beliau menegaskan.

Perjuangan memartabatkan golongan ‘lelaki’ pak nyah ini juga semakin mendapat tempat dan sokongan di Malaysia. Hak untuk menukar jantina juga sedang diperjuangkan dengan meluas. Malaysia juga mempunyai pertubuhan yang memperjuangkan hak lelaki pak nyah seperti Transmen of Malaysia dan beberapa pertubuhan-pertubuhan lain.

Comments