Home Pendapat Pramana Arti Kata-Magnum Opus Buddhisme Karya Putera Melayu?

Pramana Arti Kata-Magnum Opus Buddhisme Karya Putera Melayu?

SHARE

Dalai Lama ke-14, Siddha Buddha paling dikenali pada abad ke-21, sering menjaja nama tokoh Melayu ini dalam siri-siri ceramahnya di seluruh dunia. Terbaru pada tahun lepas di Riga, Latvia, dalam siri jelajahnya ke negeri-negeri Baltik dan Russia, beliau memilih untuk mengupas Bab Kedua, ‘Pramanavarttika’ karya agung ahli falsafah, ilmuwan, penterjemah, dan salah seorang daripada pendita terulung Mahavihara (Biara Agung) Nalanda, sebuah universiti pengajian Buddhisme yang gah pada kurun ke-5, yang kini terletak di sebuah negeri yang bernama Bihar, India.

“Pramanavartikka, especially its second chapter, has tremendous implications for the practice of Buddhism. An understanding of it convinces the practitioner of the rationality underlying the teachings of the Buddha, and, consequently, advances his or her practice to a deeper level.”

Atisa salah seorang sami Buddha abad ke-11 berketurunan Benggali yang terkenal sebagai pengasas sekolah pemikiran Zen Buddhisme yang terkenal di Tibet, Jepun, Korea, China dan Vietnam, juga belajar Mahayana Buddhisme dengan agamawan Melayu ini. Dan ketika ditanya siapakah guru yang meninggalkan kesan paling mendalam kepada dirinya, Atisa menamakan tokoh ini sebagai guru yang paling meninggalkan kesan ke atas dirinya kerana membolehkannya memperoleh bodhicitta.

Lama Serlingpa atau nama asalnya Dharmakirti Survanabhumi merupakan putera raja empayar Srivijaya yang terkenal di seluruh dunia kerana ketajaman fikirannya yang diterjemahkan dalam magnum opusnya ‘Pramanavartikka’ (Commentary of Epistemology) yang mengupas keilmuan mahagurunya Dinnaga atau Dignaga. Dharmakirti seorang Maha Siddha yang menjadi Guru Sang Maha Pendita kepada Mahaguru Atisa Dipamkara Sri Jnana, pengasas Zen Buddhisme di seantaro Asia Timur. Dharmakirti mengajar falsafah Buddhisme di Srivijaya dan juga di Nalanda.

Semasa hayat Dharmakirti, Srivijaya merupakan pusat kepada perdagangan dan ilmu, khasnya kepada pengajian Vajrayana Buddhism. Ketika itu, Srivijaya menjadi tumpuan cendekiawan dan jemaah daripada seluruh Asia. Menurut I Ching yang singgah selama 6 bulan di Srivijaya untuk mendalami Buddhisme sebelum belayar ke Nalanda, di Bihar, India, pada ketika itu, Srivijaya mempunyai lebih daripada 1,000 orang siddha pada satu-satu masa.

 “Most of the time, this Buddhist Malay empire enjoyed cordial relationship with China and the Pala Empire in Bengal, and the 869 Nalanda inscription records that maharaja Balaputra dedicated a monastery at the Nalanda University in Pala Territory.”

Commentary of Epistemology (Pramana Erti Kata?) atau juga dikenali sebagai Commentary To Dignaga’s Treatise On Valid Cognition sehingga ke hari ini masih dikupas dan dikaji cendekiawan agama dan falsafah di universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa. Dari Timur sehinggalah ke Barat, karya agung Dharmakirti masih menjadi buah mulut ahli-ahli akademik daripada Universiti Stanford sehinggalah ke Universiti Mumbai.

Begitulah hebatnya jasa seorang putera raja Melayu sehinggakan, Atisha pada usia yang ke 45 tahun setelah pulang semula ke India dan berguru kepada 157 guru, namun setiap kali beliau menyebut atau mendengar nama Guru Dharmakirti, air matanya mula bergenang. Dan apabila ditanya adakah Dharmakirti merupakan guru yang paling beliau kasihi lalu beliau menjawab: “Saya tidak membeda-bedakan guru-guru saya. Namun berkat kebaikan hati beliaulah saya memperoleh ketenteraman batin dan mencapai bodhicitta.”

Rujukan

1-Atisa and Tibet: Life and Works of Dipamkara Srijnana in Relation to the History and Religion of Tibet with Tibetan Sources translated under Professor Lama Chimpa By Alaka ChattoPadhyaya

2-https://dharmarepublic.com/sriwijaya-vajrayana-buddhism/

3-https://sisu.ut.ee/sites/default/files/orientalistika/files/dharmakirti_pramanavarttika_1.pdf

4-http://einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/Mohammad%20Alinor%20Abdul%20Kadir.pdf

5-http://www.wikiwand.com/en/Greater_India

6-http://www.siamese-heritage.org/jsspdf/1991/JSS_085_0o_Skilling_DharmakirtisDurbodhalokaAndLiteratureOfSriVijaya.pdf

7-http://lv.dalailama.ru/2016/index-en.php

8-https://plato.stanford.edu/entries/dharmakiirti/

Comments