Home Antarabangsa Pope Bersuara Mempertahankan Muslim Rohingya

Pope Bersuara Mempertahankan Muslim Rohingya

SHARE

Umum sedia maklum tentang peristiwa genosid yang sedang mengambil tempat di Myanmar. Tuduhan  oleh Kerajaan Myanmar ke atas Rohingya Muslim. Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan NGO yang lain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan kejam tersebut.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Kelab Putra 1Malaysia dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) daripada Turki telah melancarkan misi bantuan kemanusiaan untuk Rohingya. Misi yang diberikan nama “Food Flotilla for Myanmar” ini membawa pelbagai jenis barangan seperti keperluan harian, makanan dan ubat-ubatan untuk diberikan kepada kaum Rohingya. Misi kemanusiaan yang bergerak menggunakan kapal Nautical Aliya telah berlabuh di Yangon, Myanmar pada hari ini.

Terdapat banyak lagi pertubuhan dan NGO lain di Malaysia yang mengutuk dan menyelar tindakan Myanmar tersebut. Selain itu, masyarakat di seluruh dunia juga bersolidariti untuk Muslim Rohingya atas nama kemanusiaan.

Kelmarin The Independent melaporkan Pope Francis dalam pertemuan mingguannya bersama dengan penganut Kristian telah membuat kenyataan mengutuk kekejaman tersebut. Kenyataan itu dibuat selepas PBB mengeluarkan laporan berkenaan  pasukan keselamatan Myanmar yang melakukan pembunuhan besar-besaran, merogol secara berkumpulan dan membakar kampung di Arakan. Pope mengatakan Rohingya diseksa dan dibunuh hanya kerana mereka mahu mengamalkan budaya dan kepercayaan Islam.

Di saat sekumpulan masyarakat Malaysia dan dunia bersatu mengutuk kekejaman tersebut, sesuatu yang menyedihkan ialah apabila pertubuhan-pertubuhan yang kononnya memperjuangkan kebebasan beragama  minoriti di Malaysia seakan-akan mendiamkan diri. Persoalannya adakah mereka hanya akan ‘membuka mulut’ apabila agama mereka dan penganut-penganut agama mereka sahaja yang menjadi mangsa?

Comments