Home Tempatan Politik Islam bukan sekadar PRU, tetapi dakwah dan didik masyarakat

Politik Islam bukan sekadar PRU, tetapi dakwah dan didik masyarakat

SHARE

BANGI, 5 Safar 1439H, Rabu – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjalanan politik Islam bukan sekadar bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) untuk berkuasa, sebaliknya ia juga berperanan dalam berdakwah dan mendidik masyarakat.

Beliau berkata, kepimpinan bercirikan Islam yang dibawa PAS tidak akan menentukan siapa menjadi perdana menteri, kerana perjuangan parti itu bukanlah untuk mengangkat individu, tetapi dasar serta matlamat untuk mencapai keredaan dunia dan akhirat.

“Menegakkan Rahmat Allah dan adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum yang hanya boleh dilaksanakan oleh Islam dan kepimpinannya yang beriman, budiman dan berilmu.

“Memilih pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), mengeluarkan PAS daripada budaya politik fitnah, maki hamun dan bermusuhan yang sedang melanda semua pihak.

“Sedikit sebanyaknya mempengaruhi ahli PAS yang wajib dibebaskan daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS wajib menolak mana-mana pihak yang jelas menentang Islam dan bebas bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menerima prinsip parti itu.

“Kerjasama bukan semestinya sebelum pilihan raya, sedang pilihan raya, termasuk juga selepas keputusan pilihan raya bagi menentukan Islam tetap memimpin masyarakat majmuk berdasarkan dan berkonsepkan Islam yang wajib dipertahankan oleh PAS.

“Kini PAS bebas menentukan di mana dan berapa jumlah kerusi yang hendak dipertandingkan bersama gagasannya, tanpa terikat dan diarahkan oleh pihak lain,” katanya.

Menurutnya, PAS tidak akan sesekali hanyut oleh mana-mana pihak yang mahu memaksa, menipu atau melakukan provokasi mengheret parti itu sehingga terkeluar daripada landasan prinsip dan konsep Islam.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments