Home Tempatan Politik dendam, perebutan kuasa ancam kestabilan politik negara

Politik dendam, perebutan kuasa ancam kestabilan politik negara

SHARE

KUALA LUMPUR 2 April – Perjuangan politik berpaksikan kepada dendam dan perebutan kuasa akan menimbulkan fenomena permusuhan sesama sendiri sekaligus mengancam kestabilan politik negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, menurut pandangan Imam al-Ghazali, perjuangan seumpama itu adalah tidak beretika yang menyebabkan negara dan rakyat berada dalam keadaan gelisah, tidak tenteram, kemudaratan serta mengancam kesejahteraan ummah.

“Hakikatnya, politik perebutan kuasa amat mudah menjerumuskan umat ke kancah polemik persengketaan.

“Ulama terkenal, Sayyid Muhammad Rashid Ridho menerusi kitabnya ‘al-Kassyaf’ turut memperakui fenomena ini sebagai satu daripada empat faktor yang membawa kepada perpecahan umat sehingga melahirkan kelompok merebut kuasa,” katanya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments