Home Tempatan Polis tahan dalang tipu umrah

Polis tahan dalang tipu umrah

Lelaki ditangkap di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang

SHARE

KUANTAN, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi dalang utama kes penipuan pakej umrah baru-baru ini, yang dikatakan turut membabitkan seorang suri rumah di Muadzam Shah, Rompin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 30 tahun, dari Taiping, Perak ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor, semalam, ketika hadir untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan jam 3 petang tadi dan dibawa ke IPD Kuantan di sini untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan kepada media malam tadi.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments