Home Tempatan Polis Perketat Pemeriksaan Pada Final Bola Sepak Sukan SEA

Polis Perketat Pemeriksaan Pada Final Bola Sepak Sukan SEA

SHARE
Sumber Gambar: bazookapenaka.my

ALOR SETAR, 28 Ogos (Bernama) — Polis akan memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk Stadium Shah Alam, Selangor sempena perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dengan Thailand, esok.

Tanpa menyatakan jumlah anggota terlibat, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata anggotanya telah pun bersiap sedia untuk mengawal keselamatan pemain dan penonton yang datang bagi menyaksikan perlawanan akhir itu.

“Anggota polis telah bersiap sedia dan pemeriksaan di pintu masuk stadium akan diperketatkan bagi memastikan tiada bahan-bahan terlarang yang dibawa masuk. Kita tidak akan berkompromi tentang isu keselamatan.

“Walaupun barisan semasa pemeriksaan esok panjang tetapi kita akan tetap laksanakan pemeriksaan yang ketat bagi memastikan keselamatan semua pihak terjaga dan saya harap penonton akan patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh polis,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sila klik untuk bacaan lanjut.

Bernama

 

Comments