Home Antarabangsa Polis Indonesia tembak mati 6 militan Daesh

Polis Indonesia tembak mati 6 militan Daesh

SHARE
POLIS Indonesia menembak mati enam suspek anggota militan Daesh dalam insiden tembak-menembak hari ini. - Foto fail Reuters

TUBAN: Polis Indonesia menembak mati enam suspek anggota militan Daesh dalam insiden tembak-menembak hari ini, susulan kegagalan serangan di Jawa Timur.

Jurucakap polis kebangsaan, Martinus Sitompul berkata semua lelaki itu ditembak di sebuah kampung di daerah Tuban, selepas cuba membunuh pegawai polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

Keenam-enam lelaki terbabit memulakan pertempuran senjata dengan melemparkan bahan letupan ke arah polis.

Sehari sebelumnya, polis antikeganasan menahan tiga suspek militan yang merancang untuk menyerang sebuah balai polis di Jawa Timur.

Negara yang mempunyai penduduk majoriti Islam itu mengambil tindakan keras berterusan ke atas militan sejak tragedi pengeboman Bali pada 2002 oleh sekutu al-Qaeda yang mengorbankan 202 orang.

Ancaman baharu pula muncul beberapa tahun lalu daripada penyokong kumpulan militan Daesh. – AP

Berita Harian

Comments