Home Antarabangsa Polis Indonesia tahan 3 suspek militan Daesh

Polis Indonesia tahan 3 suspek militan Daesh

SHARE
ANGGOTA polis Indonesia anti keganasan. - Foto AFP

LAMONGAN: Polis Indonesia menahan tiga suspek anggota Daesh hari ini, dipercayai cuba merancang serangan ke atas sebuah balai polis di Jawa Timur.

Jurucakap Polis Nasional, Boy Rafli Amar berkata, seorang lelaki yang ditahan, Zainal Anshori, adalah anggota kanan kumpulan Jemaah Anshorut Daulah, rangkaian pelampau Indonesia yang berikrar taat setia kepada militan Daesh.

Polis menembak mati seorang anggota kumpulan sama bulan lalu dan menahan tujuh yang lain.

Boy berkata, Zainal dan dua lagi militan merancang menyerang sebuah balai polis di daerah ini minggu depan.

Menurut Boy, ketiga-tiga lelaki itu merancang serangan bersenjata di balai polis, menggunakan baki senjata diambil dari Selatan Filipina pada 2015.

Difahamkan ada antara senjata itu digunakan dalam serangan pengebom nekad di tengah Jakarta pada Januari 2016, yang mengorbankan lapan orang termasuk empat penyerang. – AP

Berita Harian

Comments