Home Antarabangsa Polis buru lelaki rentap tudung remaja Islam

Polis buru lelaki rentap tudung remaja Islam

SHARE

DUNWOODY: Polis melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dituduh mengoyak tudung seorang remaja Islam di sebuah pusat beli-belah di utara Atlanta.

Laporan Atlanta Journal-Constitution menyatakan, remaja 14 tahun itu sedang berjalan dengan sekumpulan rakannya di Perimeter Mall malam kelmarin apabila didekati seorang lelaki yang terus merentap tudungnya, sambil menjerit ‘pengganas’ sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Dunwoody, Billy Grogan, dalam siaran akhbar berkata polis menyiasat kes itu sebagai serangan.

Cabang Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) di George menawarkan ganjaran AS$1,000 (RM4,400) di atas sebarang maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan dan sabitan.

Pengarah Eksekutif CAIR Georgia, Edward Ahmed Mitchell, berkata serangan itu mengejutkan keluarga mangsa, yang identiti mereka tidak didedahkan.

Beliau berkata, keluarga mangsa tidak akan mengambil tindakan jika lelaki berkenaan tampil dan meminta maaf. – AP

Berita Harian

 

Comments