Home Tempatan Polis Bongkar Kegiatan Sabung Ayam Di Miri

Polis Bongkar Kegiatan Sabung Ayam Di Miri

SHARE

MIRI, 8 Jan (Bernama) — Polis membongkar kegiatan sabung ayam haram apabila 37 kaki judi ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Miri pada 1 Jan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata gelanggang sabung ayam haram ditemui di Batu Niah di sini dalam serbuan pukul 2 petang yang diketuai ASP Lim Jaw Shyong.

“Tiga puluh tujuh suspek ditahan kerana menyabung ayam di khemah sementara. Polis turut merampas ayam hidup dan mati serta peralatan perjudian berkaitan sabung ayam, ini adalah serbuan terbesar setakat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 75 individu termasuk 37 suspek berumur antara 17 dan 62 tahun ditahan kerana kesalahan berkaitan perjudian dalam 27 serbuan yang dilakukan antara 1 Jan dan 7 Jan di seluruh negeri.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Bernama

Comments