Home Tempatan PM rasmi Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017

PM rasmi Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017

SHARE
Sumber gambar: Mstar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan merasmikan Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017, yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa ini di Putrajaya.

Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Datuk Mohd Yusof Din, berkata seminar bertemakan ‘Fiqh Wala dan Taat; Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara’ itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Katanya, majlis penutup seminat terbabit akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.”Timbalan Syeikhul Azhar Universiti Al-Azhar, Syeikh Prof Dr Abbas Syuman akan menyampaikan ucaptama pada seminar terbabit dan syarahan bertajuk Hak-hak dan Kewajipan Rakyat Terhadap Pemerintah.

“Saya yakin ilmu yang akan dikongsi beliau amat bermakna serta bermanfaat untuk masyarakat dan negara.

“Pemilihan tema untuk tahun ini dilihat sesuai dengan situasi semasa dunia dan negara kita yang berdepan pelbagai cabaran khususnya dalam politik” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Yusof berkata, seminar itu diharap dapat membentuk pemikiran matang dan berilmu selain memahami konsep wala (taat) dalam kalangan peserta. Beliau berkata, Selain Abbas, beberapa panel dari Jordan, Australia dan Singapura dijangka membentangkan kertas kerja masing-masing.

Berita Harian

Comments