Home Tempatan PLUS Tawar Rebat 20 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina

PLUS Tawar Rebat 20 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina

SHARE

KUALA LUMPUR, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu– PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus pada empat hari bukan waktu puncak iaitu 12, 13, 20 dan 21 Februari ini sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, rebat itu diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer dan membayar tol menggunakan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go yang didaftarkan menerusi portal PLUSMiles.

Beliau berkata, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa pada empat tarikh berkenaan sebelum rebat tol 20 peratus dimasukkan ke dalam kad tambah nilai masing-masing apabila mereka menambah nilai kad di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Mac sehingga 14 Jun 2018.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments