Home Tempatan PKNS Belanja RM2 Juta Tambah Baik Uptown Shah Alam

PKNS Belanja RM2 Juta Tambah Baik Uptown Shah Alam

SHARE
Uptown Shah Alam - Bernama

SHAH ALAM, 31 Dis (Bernama) — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membelanjakan RM2 juta bagi menambah baik infrastruktur di Uptown Shah Alam di sini.

Pengurus Besar PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata jumlah itu melibatkan kos penyusunan semula kedudukan kedai dan pendawaian semula elektrik di kawasan berkenaan.

Katanya PKNS mula mengambil alih pengurusan bazar berkenaan yang mempunyai kira-kira 450 lot kedai pada Ogos 2015.

“Segala kerja pembaikan mendapat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Tenaga Nasional Berhad.

“Mereka juga ada memberi khidmat nasihat keselamatan kepada kami terutamanya dari segi susun atur kedai dan pendawaian,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis sambutan ambang tahun baharu di sini hari ini.

Ribuan warga bandar raya ini hadir pada majlis sambutan ambang tahun baharu itu.

Majlis yang bermula pada pukul 9.30 malam itu diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian.

Menurut Noraida, PKNS memilih bazar itu sebagai lokasi sambutan berkenaan adalah bagi mempromosikannya kepada orang ramai.

“PKNS menyasarkan dalam masa dua tahun, bazar ini akan menjadi ikon pelancongan bagi Shah Alam dan Selangor,” katanya. – BERNAMA

Bernama

Comments