Home Tempatan Pinjaman Islamik berleluasa, pihak berkuasa sila ambil tindakan tegas: Mapim

Pinjaman Islamik berleluasa, pihak berkuasa sila ambil tindakan tegas: Mapim

SHARE

BANGI, 14 Syawal 1438H, Sabtu – Menawarkan pinjaman Islamik kepada orang Islam, antara taktik ‘along’ yang hingga hari ini masih berleluasa melalui poster iklan yang ditampal di merata tempat.

Kesal dengan situasi itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihak berkenaan tidak menghiraukan sama sekali soal kebenaran atau lesen yang perlu diperolehi sebelum mereka mengiklankan skim pinjaman.

“Kita gesa pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak jika ada operasi syarikat pinjaman wang ini yang menyalahi undang-undang.

“Dalam masa sama, Pihak Berkuasa Tempan (PBT) juga perlu menyiasat samada pemberi pinjaman ini mendapat lesen keizinan dari pihak berkenaan atau tidak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas iklan skim pinjaman yang kononnya Islamik dilekat dibeberapa tempat untuk memancing peminjam.

Iklan tersebut didapati cuba menawarkan pinjaman bulanan dengan kadar rendah antara 3 hingga 5 peratus.

Azmi berkata, syarikat-syarikat dan ‘geng’ along ini sering mengguna kata-kata pujukan untuk memerangkap mangsa seperti Cepat Lulus, Cash Segera dan dpeercayai dan Lulus Cepat.

“Mereka sengaja guna taktik Islamik supaya orang lebih percaya, namun apakah ini dibenarkan dibawah Akta Bank Islam 1983?,” soalnya.

Comments