Home Tempatan Pindaan Akta 164 tak jadi dibentang sesi ini

Pindaan Akta 164 tak jadi dibentang sesi ini

SHARE

BANGI, 9 Rejab 1438H, Khamis – Lima rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 tidak akan dibentang pada Sidang Parlimen sesi ini dan akan dibawa ke persidangan akan datang.

Bernama melaporkan, usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membawa lima rang undang-undang yang sepatutnya dibentang untuk bacaan kali kedua, ke persidangan akan datang telah diluluskan.

Empat rang undang-undang lain ialah Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017.

Comments