Home Tempatan Pindaan Akta 164 ditangguhkan

Pindaan Akta 164 ditangguhkan

SHARE
ZAHID Hamidi (tengah) ketika menyampaikan anugerah semasa perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA 6 April – Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) ditangguhkan daripada dibentang pada sidang Dewan Rakyat sesi kali ini.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta 164 itu akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat penelitian semula selain mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar-pakar agama.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan menangguhkan pindaan Akta 164 itu untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan fatwa dan Perlembagaan Persekutuan.

“Meskipun penelitian sebelum ini telah dilakukan tetapi kerajaan berpendirian pindaan Akta 164 itu harus dilihat semula bagi menentukan ia tidak terus menjadi polemik yang akhirnya membawa kemudaratan kepada negara secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa kerajaan menangguhkan pindaan Akta 164 itu kerana ada pindaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam. -UTUSAN ONLINE.

utusan online

 

Comments