Home Tempatan ‘Pinda perlembagaan jika mahu M’sia jadi negara Islam’

‘Pinda perlembagaan jika mahu M’sia jadi negara Islam’

SHARE

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mencabar kerajaan dan PAS untuk memulakan usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, jika matlamat mereka adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Beliau berkata kerajaan perlu berani dan menyatakan ini sebagai matlamatnya, jika ia memang berhasrat berbuat demikian.

Kerajaan, menurutnya, tidak seharusnya bersembunyi di sebalik pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

“Beritahu rakyat rancangan kamu, dan jika kamu mahu Islam ala Taliban, maka kuatkuasakan undang-undang jenayah Islamkan kepada semua orang.

“Kesaksamaan di sisi undang-undang adalah tunggak utama negara kita yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu tulisan di blog.

Beliau berkata ini juga perlu dimasukkan dalam rangka tindakan TN50 yang cuba dirumuskan oleh Najib dan manifesto pilihan raya BN.

Zaid juga mencabar bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad untuk menyokong pindaan perlembagaan itu, berikutan dakwaannya bahawa kerajaan boleh menguatkuasakan hukuman hudud kepada semua rakyat di negara ini dengan meminda Kanun Keseksaan dengan majoriti mudah di Parlimen.

“Dalam erti kata lain, beliau menyatakan kepada masyarakat bukan Islam supaya bersyukur dan tidak menentang pindaan Akta 355. Jika mereka menentangnya, perdana menteri boleh meminda Kanun Keseksaan dan menguatkuasakan hudud untuk semua orang,” katanya.

Zaid berkata ia adalah tidak berperlembagaan untuk berbuat demikian kerana Mahkamah Agung pada tahun 1988 telah mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai sekular.

Untuk membawa hukuman hudud dalam Kanun Keseksaan, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda mengikut acuan di Maldives atau Arab Saudi, yang menyatakan bahawa negara berkenaan adalah sebuah negara Islam, katanya.

“Hanya dengan perubahan asas ini barulah perdana menteri boleh meminda Kanun Keseksaan dan undang-undang berkaitan supaya hudud yang boleh berakar umbi di negara ini,” kata Zaid.

Hamid dalam tulisan di blogminggu lalu berkata pindaan kepada Akta 355 tidak akan menjejaskan masyarkata bukan Islam dan tidak akan mewujudkan hukuman jenayah dwi standard ke atas pesalah Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata jenayah seperti membunuh, merogol, mencuri dan merompak, yang termasuk dalam peruntukan hudud dan qisas adalah kesalahan undang-undang jenayah.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan menyatakan undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa persekutuan manakala mahkamah syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Comments