Home Tempatan Pilih Calon Yang Mendaulatkan Islam – Dato’ Aidit Ghazali

Pilih Calon Yang Mendaulatkan Islam – Dato’ Aidit Ghazali

SHARE

Serdang, Selangor: Pemilihan calon wajar dibuat berdasarkan perjuangan seseorang itu dalam mempertahankan Islam, demikian menurut Dato’ Aidit Bin Ghazali ketika berucap di Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam 2018 (DIPKI 2018) edisi Selangor yang berlangsung di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, calon yang dipilih itu perlulah dari kalangan yang menyokong pemerkasaan Mahkamah Syariah.

“Siapa di kalangan kita yang pilih ini tak menghalang dari segi penghukuman syarak dan Mahkamah Syariah, ada yang menentang ada yang sokong, pilih yang sokong.

Selain daripada itu, Dato’ Aidit turut menekankan bahawa seseorang calon yang disokong itu perlulah membawa Islam sebagaimana ia patut difahami dan menolak mereka yang meliberalkan Islam sehingga hukum-hakam Islam boleh ditafsir mengikut kehendak manusia.

“Nak meliberalkan sehinggakan hukum Islam itu dianggap sebagai hukum yang boleh ditafsir ikut kehendak manusia, tolak yang itu.”

Dalam pada itu, beliau turut menggesa penolakan calon yang membawa agenda sekularisme dan yang membawa ajaran pluralisme.

“Nak memisahkan Islam daripada urusan pentadbiran negara, tolak yang itu.”

“Nak mengatakan bahawa Islam sama rata dengan agama lain, tolak yang itu.”

Comments