Home Tempatan Pihak berkuasa agama Kelantan pertahan halang lelaki berseluar pendek

Pihak berkuasa agama Kelantan pertahan halang lelaki berseluar pendek

SHARE

PETALING JAYA: Pihak berkuasa agama di Kelantan mempertahankan tindakan ke atas lelaki berseluar pendek di khalayak umum untuk menghadiri sesi kaunseling mandatori atau berdepan denda RM1,000, dengan berkata ia selaras dengan enakmen Islam negeri.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik), Mohd Fadzuli Mohd Zain, berkata ia merupakan amalan biasa pihaknya di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 Kelantan.

“Rutin biasanya kita buat bersama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), polis, Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya dan kita buat secara berskala tanpa pilih kasih ketika melakukan operasi,” katanya kepada FMT, ketika diminta mengulas penangkapan seorang lelaki kerana berseluar pendek untuk bermain futsal.

Lelaki itu diarahkan menghadiri sesi kaunseling mandatori atau didenda RM1,000 kerana menunjukkan lututnya, yang menurut takrifan pihak berkuasa agama melanggar peraturan aurat Islam.

Fadzuli berkata peraturan itu sama seperti peraturan mewajibkan tudung ke atas wanita Islam.

“Kalau (lelaki) berpakaian tidak menutup aurat, kita kategorikan dalam enakmen di bawah Seksyen 5 (1), iaitu perbuatan yang tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak. Sama seperti peraturan yang dikenakan kepada mana-mana perempuan yang tidak bertudung, berpakaian ketat dan tidak sopan, kita juga beri notis supaya menghadiri kauseling,” katanya.

Fadzuli berkata tindakan itu bertujuan “mendidik”.

“Majoriti mereka yang terlibat memberi respon positif, walaupun tidak keseluruhan. Mereka terima baik apa yang kita lakukan, sebab kita hanya memberi kaunseling dan keterangan berdasarkan apa yang dikehendaki agama itu sahaja,” katanya.

Menurutnya, pesalah lelaki tidak dihadapkan ke mahkamah seperti mana perempuan kerana terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama.

Tambahnya, pelaksanaan peraturan itu hanya melibatkan orang Islam.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Free Malaysia Today

Comments