Home Tempatan PH Jamin Tadbir Negara Berdasarkan Prinsip Islam

PH Jamin Tadbir Negara Berdasarkan Prinsip Islam

SHARE

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjamin kerajaan pimpinannya akan memerintah negara berlandaskan rukun-rukun Islam.

“Kita akan dirikan kerajaan yang berpegang kepada undang-undang dan tidak akan lakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam.”

Menurut The Malaysian Insight, perkara ini dinyatakan selepas kerajaan PH dituduh gagal melindungi Islam sebagai agama Negara apabila melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG).

“Ini tidak benar. Kami (kerajaan PH) bertanggungjawab memerintah negara tanpa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam.”

“Kita tahu ramai yang mendakwa mereka kononnya melindungi Islam, mereka kononnya akan mendirikan kerajaan islam, tetapi kita dapati perbuatan mereka sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.”

“Sebab itu kita tidak teragak-agak atau khuatir melaksanakan pemerintahan mengikut landasan agama Islam dan kita akan buktikan kenapa dasar pendirian mereka itu tidak sebenarnya mengikuti ajaran Islam.”

Tegasnya lagi, kerajaan akan mentadbir mengikut ajaran Islam sebenar yang bukan hanya diterima oleh Muslim, tetapi juga bukan Muslim.

“Kalau kita berpegang kepada ajaran Islam sebenar, ia akan menentukan negara kita ditadbir mengikut landasan undang-undang dan prihatin serta peduli kepada rakyat.”

“Dan ini bukan sahaja akan diterima oleh Muslim, tetapi juga bukan Muslim, dan tiada diskriminasi yang akan berlaku sesama rakyat kerana Islam mengajar kita untuk mentadbir dengan adil. Ini (adil) telah dinyatakan berulang-kali di dalam Al-Quran.”

Comments