Home Tempatan Peserta Bantah ICERD 8 Disember, Ditegah Bawa Senjata & Elak Provokasi

Peserta Bantah ICERD 8 Disember, Ditegah Bawa Senjata & Elak Provokasi

SHARE

Para peserta yang akan berhimpun secara aman membantah ICERD pada 8hb Disember 2018 ini ditegah keras daripada membawa sebarang jenis senjata. Hal ini dibangkitkan oleh Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID yang membentangkan kertas kerja dalam Perjumpaan Meja Bulat ICERD yang dianjurkan UMMAH sebuah ngo gabungan puluhan ngo Islam dan Melayu.

Beliau yang juga Presiden Gabungan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) dalam pembentangannya menegaskan peri penting ICERD itu ditolak. Namun beliau menggesa supaya ianya dilakukan tanpa sebarang provokasi yang akan memburukkan keadaan. Beliau juga menegah supaya hadirin kelak jangan sekali-kali membawa senjata.

“Tolong jangan bawa senjata. Elak sebarang provokasi.”

Perhimpunan 8hb Disember ini dikatakan bakal menjadi titik tolak suara akar rakyat Malaysia khasnya umat Islam menolak ICERD. Perdana Menteri juga baru-baru ini telah menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menolak meratifikasi ICERD setelah mendapat bantahan daripada ramai pihak. Demonstrasi di Kedah, Melaka dan Johor sebelum ini jelas mendapat sambutan ramai.

Kempen tanda tangan membantah ICERD juga berjaya mengumpulkan lebih 200,000 tanda tangan.

Sementara itu, mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi sebelum ini juga menegaskan bahawa perhimpunan 8hb Disember kelak, juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang dengan tegas menolak ICERD.

Comments