Home Tempatan Pesawat Tun Mahathir Tidak Disabotaj – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Pesawat Tun Mahathir Tidak Disabotaj – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

SHARE

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menolak dakwaan unsur sabotaj terhadap pesawat persendirian yang dinaiki oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Menurut Pengerusinya, Dato’ Sri Azharuddin A Rahman, berdasarkan penyiasatan menyeluruh yang dijalankan pada 28 April 2018 oleh CAAM, pesawat tersebut, Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited gagal terbang kerana mengalami masalah teknikal.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Berikutan penyiasatan ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mendapati bahawa tidak terdapat sebarang petunjuk yang menunjukkan wujudnya sebarang unsur sabotaj. Pesawat tersebut tidak dapat terbang hanya kerana masalah teknikal kecil dan rutin, iaitu kebocoran udara dari nose wheel sebelah kiri.”

“CAAM telah mengambil maklum kenyataan dari log teknikal / perjalanan VistaJet di halaman nombor 55778, bahawa Vista Jet pada 27 April 2018 telah merekodkan satu pernyataan yang menyatakan bahawa terdapat kebocoran udara dari nose wheel sebelah kiri. Walau bagaimanapun, penggantian tayar tidak dapat dilaksanakan kerana tiada alat ganti.”

Ujar Dato’ Sri Azharuddin lagi, tuduhan sabotaj terhadap sesebuah pesawat adalah serius dan kerana itulah CAMM bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan terperinci dengan teliti.

“Tuduhan sabotaj terhadap sesuatu pesawat adalah sangat serius, dan boleh memberi kesan kepada reputasi penerbangan Malaysia dan negara secara keseluruhannya.”

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa pesawat yang dinaikinya menuju ke Langkawi dirosakkan oleh pihak tertentu dan usahanya untuk meminjam pesawat daripada rakan-rakannya yang lain gagal kerana dikatakan telah dihalang juga oleh pihak tertentu.

Comments