Home Tempatan Pesanan TS Apandi Ali Kepada Semua Peserta Himpunan 812

Pesanan TS Apandi Ali Kepada Semua Peserta Himpunan 812

SHARE

Kuala Lumpur – Mantan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, menerusi pejabat peguamnya dalam sokongan padunya kepada Himpunan 812, menurunkan beberapa Garis Panduan Awalan berikut untuk dipatuhi oleh semua peserta himpunan.

Berikut perkara yang perlu dilakukan oleh para peserta :

LAKUKAN

SILA maklumkan seseorang bahawa anda menyertai perhimpunan

SILA bawa pen dan buku nota – Untuk mencatat nama polis dan nombor IDnya dan soalan-soalan yang ditanyakan oleh pihak Polis sekiranya ditahan

SILA bawa pengenalan diri (Kad Pengenalan/Lesen Memandu) dengan anda setiap masa

SILA pakai topi dan kasut yang selesa

SILA gunakan pengangkutan awam – Jalan-jalan ke tempat perhimpunan berkemungkinan telah tutup

SILA ikut arahan pihak penganjur

SILA berhimpun dalam keadaan tenang

SILA berkelakuan sivik dan berdisiplin

SILA bergerak di dalam kumpulan

SILA abaikan sebarang ejekan dan/atau gangguan daripada orang awam

SILA berkelakuan sopan sepanjang masa

SILA ajukan sebarang persoalan media kepada jurucakap. Ingat, tidak ada apa-apa yang “off the record”

SILA laporkan sebarang perbalahan, tingkah laku yang tidak teratur atau orang yang menyimpang dari undang-undang kepada Pihak Berkuasa

SILA kekal tenang sekiranya apa-apa perbalahan atau lain-lain gangguan berlaku

SILA beredar dari kawasan perhimpunan segera setelah tamat perhimpunan

JANGAN

JANGAN membawa pisau ataupun apa-apa objek yang boleh dianggap sebagai senjata

JANGAN menakutkan, mengancam atau menghina sesiapa

JANGAN menggunakan penghinaan perkauman

JANGAN membuat gangguan awam

JANGAN terlibat dalam pertengkaran ataupun dilihat sebagai ancaman terhadap orang awam

JANGAN membuang sampah sekitar tapak perhimpunan

JANGAN mencacatkan ataupun memusnahkan harta benda peribadi ataupun awam

Beliau juga berpesan supaya semua peserta memastikan mereka mengetahui hak undang-undang mereka dan boleh merujuk kepada pihak Polis dan Hak-Hak Asasi peserta daripada Badan Peguam Malaysia.

Untuk makluman, Tan Sri Apandi Ali melalui pejabat peguamnya, Apandi Ali & Co, akan menyediakan khidmat bantuan guaman kepada peserta-peserta himpunan nanti.

Mantan Peguam Negara tersebut menegaskan khidmat tersebut dijalankan atas nama perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Comments