Home Tempatan Perubahan Tarikh Maal Hijrah Diperakui Panel Pakar Falak Jakim

Perubahan Tarikh Maal Hijrah Diperakui Panel Pakar Falak Jakim

SHARE

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Perubahan tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) tahun ini iaitu dari Khamis 21 Sept kepada Jumaat 22 Sept telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata perubahan itu dibuat selepas panel pakar itu mengesan kesilapan teknikal semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H, pada awal tahun ini.

Othman membuat penjelasan itu melalui satu kenyataan di sini, hari ini merujuk kepada kenyataan rasmi semalam oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri bahawa Jakim telah dimaklumkan mengenai pindaan itu melalui surat bertarikh 9 Jan lepas.

Bernama

Comments