Home Tempatan Pertahan institusi diraja Perak

Pertahan institusi diraja Perak

SHARE

IPOH –  “Tangkap, siasat dan jatuhi hukuman setimpal,” demikian gesaan Presiden The Bos Gaurus More Organise Brotherhood Soul (TBG Mobs), Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi berhubung kenyataan biadab seorang remaja terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dimuat naik menerusi akaun Twitter.

Difahamkan, kenyataan tersebut tular di media sosial sejak kelmarin.

Menurutnya, perkara berkenaan dilihat serius kerana ia didapati menghina serta mencabuli institusi kesultanan Melayu dan raja-raja di negeri ini.

“Kita dapat tahu perkara ni dari semalam (kelmarin), bila posting dalam Twitter budak ni keluar dan telah ditularkan. Kami telah buat salinan dan laporan polis berhubung perkara berkenaan. “Ternyata, kami terkejut masih ada rakyat Malaysia yang buat salah laku dengan mengatakan Sultan Perak dengan kata-kata biadab. Perkara ini tidak sewajarnya berlaku,” katanya.

Syamsul Bahrin berkata demikian pada sidang media setelah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, berhubung kenyataan biadab remaja berkenaan.

Beliau berkata, laporan polis dibuat bagi menjalankan tanggungjawabnya untuk mempertahankan institusi diraja Perak.

Katanya, Parlimen telah meluluskan akta dan jika didapati bersalah remaja berkenaan boleh dikenakan hukuman yang berat.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

 

Comments