Home Antarabangsa Personaliti Indonesia Gelar Himpunan 812 Rasis

Personaliti Indonesia Gelar Himpunan 812 Rasis

SHARE

Himpunan Membantah ICERD pada 8hb Disember lepas yang berlangsung aman dan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini tiba-tiba dilabel seorang personaliti popular Indonesia, Ernest Prakasa sebagai satu himpunan rasis menyokong diskriminasi etnik.

Begitu tweet yang dibalas Ernest Prakasa seorang pelawak ‘stand-up’ yang juga penulis dan pengarah filem dari negara seberang. Personaliti tersebut berbuat demikian apabila kurang senang dengan tweet yang dibuat oleh rakan seangkatannya, Arie Untung yang memuji perhimpunan aman 812 itu dalam tweetnya dengan kapsyen, “The Power of Ukhwah, Malaysia 812.”

Ernest Prakasa yang kini sedang sibuk mempromosi filem terbaru arahannya, ‘Milly & Mamet’, ‘spin off’ dua watak popular filem terkenal ‘Apa Ada Dengan Cinta’, kemudian membalas, “812 itu demo menentang ICERD (International Convention on The Elimination of Racial Discrimination). Pemerintah Malaysia mau menghapus diskriminasi, tapi dilawan oleh orang-orang ini. Jadi, elo peribadi lebih pro ke diskriminasi etnis? Lo banyak job di MNC, Hary Tanoe itu Cina, FYI.”

Hary Tanoe yang dimaksudkan ialah Pengerusi kepada MNC Group yang memiliki perusahaan MNC Studios International. Kurang jelas kenapa Ernest Prakasa mengungkit-ungkit kecinaan Hary Tanoe dan apa kaitannya dengan Arie Untung yang ‘banyak job di MNC’?

Hakikatnya, berbeza dengan apa yang ditweet balas pelawak ‘stand up’ itu, kerajaan Malaysia sebenarnya sudah awal-awal lagi menyatakan tidak akan meratifikasi ICERD atas bantahan ramai. Dan himpunan 812 itu juga diadakan sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan dan tanda syukur kerana Malaysia tidak akan meratifikasikan ICERD. Tidak seperti dakwaan yang dibuat oleh pelawak Indo itu juga, ianya berlangsung dengan penuh aman dan damai dan tiada satu nyawa kumpulan minoriti pun yang ditumpahkan atau harta benda dirosakkan malah dipuji bersih.

Pada tahun lepas pelawak indo ini memohon maaf setelah menyebut Ustaz Zakir Naik sebagai penyumbang dana ke organisasi ISIS.

Comments