Home Tempatan Persatuan Hokkien dakwa RUU355 tak tingkatkan prestasi negara

Persatuan Hokkien dakwa RUU355 tak tingkatkan prestasi negara

SHARE
Sumber

KUALA LUMPUR, 7 Rejab 1438H, Selasa – Ketua Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur, Robert Lua Khang Wei mendakwa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) tidak akan menjadikan rakyat dan negara ini bertambah baik.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya memberi fokus kepada keadaan ekonomi Malaysia yang sedang merosot dan menyebabkan majoriti rakyat sedang hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya memberi fokus terhadap nasib hampir seluruh rakyat Malaysia yang hidup dalam kesengsaraan waktu ini kerana tidak cukup makan.

“Kemerosotan ekonomi menyebabkan kebanyakan rakyat hidup dalam kemiskinan dan kesusahan sampai ibu terpaksa curi susu demi anak.

“Keadaan rakyat dan negara kita tidak akan bertambah baik dengan adanya RUU355 tanpa prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan ditanam dalam kalangan masyarakat dan negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

RUU 355 yang dibentangkan oleh Hadi Awang di Parlimen sebelum ini bagi meminda akta berkaitan supaya fungsi Mahkamah Syariah dapat dipertingatkan terutama kadar hukuman ke atas pesalah syariah termasuk zina dan minum arak.

Bagaimanapun, ia giat dibantah oleh parti rasis dan cauvinis DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN).

Sebelum ini, Persatuan Hokkien Malaysia mendakwa mereka yakin dapat mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Persatuan itu turut menyasarkan 1,000 lagi tandatangan daripada NGO dan kira-kira 100 pertubuhan lain.

Comments