Home Tempatan Permohonan Reman Siti Kasim Ditolak

Permohonan Reman Siti Kasim Ditolak

SHARE

Mahkamah Majistret Kajang telah menolak permohonan reman ke atas Siti Kasim. Demikian menurut laporan portal tempatan.

Siti Zabedah Kasim, yang kelihatan memakai pakaian lokap berwarna oren dan kelihatan bergari, turut diiringi lima orang pegawai polis di mahkamah.

Turun kelihatan kehadiran ramai rakan peguam termasuk Maria Chin Abdullah dan Ambiga Sreenavasan. Menurut Ambiga, dua belas orang peguam mewakili Siti Kasim di dalam kes tersebut.

Awal sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asistent Komisioner Polis (ACP) Fazil Ahmat, menjelaskan Siti Kasim dan anak guamnya, Anis Izzaty Ruslan telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang semalam.

Siti Kasim di dalam hantaran facebooknya sebelum ini, menjelaskan penahanan beliau adalah berikutan kes seorang gadis muda bernama Anis Nurizzaty yang dilaporkan oleh ibunya mengalami masalah kesihatan mental dan akidahnya yang dipertikaikan. Siti Kasim menjelaskan bahawa gadis muda ini telah cuba menghubunginya dalam beberapa bulan sebelum ini. Beliau ingin bebas dari kawalan ibunya yang didakwa mengongkong. Siti Kasim menjelaskan bahawa sebagai seorang dewasa, gadis tersebut boleh berbuat apa sahaja yang dikehendakinya.

Penahanan Siti Kasim tular setelah beberapa aktivis seperti Suri Kempe, Marina Mahathir, Rozana Isa termasuk dari Sisters In Islam membuat perkongsian video dan kenyataan di dalam akaun media sosial masing-masing.

Comments