Home Tempatan Perluas Usaha Wajib Solat Jemaah Sebelum Pelajar Pulang: Pembina

Perluas Usaha Wajib Solat Jemaah Sebelum Pelajar Pulang: Pembina

SHARE

BANGI, 18 Rabiulawal 1439H, Khamis – Usaha Jabatan Pendidikan Daerah Kuantan mewajibkan solat berjemaah sebelum pelajar pulang, harus diperluas di semua sekolah kebangsaan seluruh negara.

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Eqwan Roslan berkata, usaha itu wajar disokong oleh semua pihak termasuklah kementerian, sekolah dan ibu bapa.

Jelasnya, amalan solat berjemaah adalah satu langkah membentuk peribadi mulia dan disiplin pelajar khususnya golongan remaja.

“Solat dapat membentuk peribadi mulia dan mencegah anak-anak muda daripada terlibat dengan dosa besar seperti minum arak dan aktiviti tidak bermoral lain.

“Ia adalah solusi asas kepada masalah sosial yang melanda anak muda dan sesetengah yang tua,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments