Home Tempatan Perlu lagi RM400,000 bantu dapur Syria

Perlu lagi RM400,000 bantu dapur Syria

SHARE
Operasi dapur Syria Care di Syrian amat memerlukan bantuan oarang ramai khususnya rakyat Malaysia.

SHAH ALAM – Lebih banyak sumbangan dan derma diperlukan bagi memastikan operasi tiga dapur rakan kongsi Syria Care di Syria dapat dapat diteruskan sehingga ke penghujung Ramadan.

Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, berdasarkan jumlah kutipan setakat ini, operasi membabitkan tiga rakan kerjasamanya iaitu, Muassasah al Ahbab Insani, Emar al Sham Humanitarian Association dan Tawasso Charity Organisation hanya dapat bertahan sehingga Jumaat ini.

Katanya, setakat ini, Syria Care telah mengumpul dana RM1.15 juta dan dihantar bagi operasi enam dapur di Syria dari hari pertama Ramadan.

“Bagaimanapun, berikutan kekurangan sumbangan orang ramai, operasi di tiga dapur berkenaan mungkin tidak dapat diteruskan sehingga ke penghujung Ramadan. Ini kerana mereka telah pun beroperasi sebelum kita hantar wang dan kita ‘berhutang’ dengan mereka sebanyak hampir RM400,000.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments