Home Tempatan Perlu bantuan bina masjid, pusat dakwah

Perlu bantuan bina masjid, pusat dakwah

SHARE
ALI HAJIME (berserban) menerangkan kepada pelajar-pelajar universiti yang datang ke Masjid Kobe untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam.

TANGGAL 11 September 2001 berlaku tragedi serangan ke atas bangunan World Trade Center di Amerika Syarikat, sekali gus mengubah landskap dunia khasnya pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Ia adalah kemuncak Islamofobia kepada Islam, iaitu Islam dianggap sinonim dengan keganasan.

Natijahnya, Islam bertalu-talu ‘dibom’ oleh media massa. Musuh-musuh Islam menggunakan peluang itu untuk memburukkan agama itu di seluruh dunia. Dipaparkan bahawa Islam adalah agama yang tidak patut didekati kerana keganasan mereka. Sedangkan perkara sebenarnya, Islam langsung tidak pernah mengajar umatnya menjadi ganas, jauh sekali untuk membunuh antara satu sama lain.

Amat tidak adil apabila hanya segelintir ‘orang Islam’ jahat, maka secara keseluruhannya dianggap sebagai jahat!. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil, setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments