Home Tempatan Perlu ada akta haramkan sebaran bercanggah Islam: PEMBINA

Perlu ada akta haramkan sebaran bercanggah Islam: PEMBINA

Ada pejuang LGBT yang ditaja supaya sesatkan masyarakat

SHARE

BANGI, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Seruan menuntut hak bagi golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT) yang dilakukan secara terbuka perlu dikekang supaya tidak merebak kepada masyarakat Islam yang lain.

Bimbang dengan penularan pengaruh itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Eqwan Roslan menyarankan supaya ahli Parlimen segera meluluskan akta yang mengharamkan sebarang bentuk penyebaran dan advokasi bercanggah dengan Islam.

Katanya, mereka yang dipilih rakyat tidak boleh berdiam diri, perlu melakukan sesuatu jika melihat kemungkaran berleluasa.

“Tambahan pula, pejuang-pejuang LGBT ini adalah kelompok-kelompok yang sama ada terkeliru atau ditaja bagi menyesatkan orang ramai.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments